BERITA SEMASA

Farhash setia pada perjuangan reformasi, istiqamah bersama Anwar- NGO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan sebagai antara sosok dalam PKR yang setia dengan perjuangan reformasi walaupun berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran sama ada sebelum dan selepas parti itu menjadi kerajaan.

Penasihat NGO Pertubuhan Kebajikan Impak MADANI (Impak MADANI), John Ooh Sin Hwa berkata, pada masa yang sama, Farhash tetap istiqamah membantu dan bergerak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menguruskan negara terutama hal-ehwal ekonomi walaupun ada menteri yang meninggalkan kabinet di tengah jalan.

“Di kala ada yang lari dan meninggalkan medan perang, Farhash kekal setia bersama Anwar dan terus menyemarakkan api reformasi, dan ketika Anwar menjadi Perdana Menteri, Farhash turut menjayakan usaha melaksanakan reformasi,” katanya hari ini.

Penasihat NGO Pertubuhan Kebajikan Impak MADANI (Impak MADANI), John Ooh Sin Hwa
Penasihat NGO Pertubuhan Kebajikan Impak MADANI (Impak MADANI), John Ooh Sin Hwa

Sebelum ini, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Nor Syamimi Mohamed Adnan berkata, Farhash merupakan salah seorang individu yang kekal bersama perjuangan reformasi dan Anwar ketika melalui pelbagai cabaran politik.

Ujar Nor Syamimi, walaupun berlatar belakangkan ahli perniagaan yang berjaya sebelum lebih aktif dalam politik, penglibatan Farhash dalam PKR bukan untuk mengejar kedudukan atau kekayaan, tetapi kerana keyakinan terhadap agenda reformasi yang diperjuangkan oleh Anwar.

Mengulas lanjut, Ooh Sin Hwa berkata, di sebalik pelbagai berita negatif mengenai Farhash yang disebarkan pihak tertentu namun hakikatnya beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu masyarakat dalam kerja kebajikan yang lebih memberikan impak daripada janji kosong.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button