BERITA SEMASA

Agong, Raja permaisuri agong zahir ucapan selamat hari raya Aidiladha buat umat Islam

KUALA LUMPUR – Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Ucapan itu dikongsikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melalui laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menerusi hantaran yang berbeza, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa memuliakan majlis santapan bersama keluarga dan cucunda tercinta sempena sambutan Aidiladha.

Seri Paduka Baginda berdua menikmati santapan di Istana Bukit Serene.

Turut berangkat, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim, serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button