BERITA SEMASA

Gambar Agong pimpin tangan Raja Zarith Sofiah raih perhatian netizen

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memimpin tangan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Istana Negara semalam mencuri perhatian netizen.

Gambar yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim itu dirakam ketika baginda berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2026 di Balairung Seri, Istana Negara semalam.

Lebih istimewa, gambar tersebut dirakam dalam keadaan baginda melirik pandang ke arah permaisuri hatinya itu sambil tersenyum.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan perasaan teruja melihat gambar tersebut.

“He’s smiling,” komen Shafida Sulaiman.

“Sukanya tengok gambar ini,” tulis Rafiqah Abdul Rahman pula.

“Romantik,” kata Nagarajan Tamilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button