Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini.
Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan berlangsung di Istana Bukit Tunku di sini dan baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Dalam pertemuan itu, baginda turut berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti, berteraskan tadbir urus yang baik serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membabitkan 28 menteri dan timbalan menteri pada 16 Disember lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













