BERITA SEMASA
Wanita dari Kampung Seri Bunian hilang dalam kebun sawit
PONTIAN – Seorang warga emas dilapor hilang di kawasan kebun sawit di Kampung Medan Sari di sini, petang tadi.
Mangsa, Nathiah Selamat, 77, dikatakan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Seri Bunian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Pontian Baru, Mohd Khairul Anwar Ab Ghani berkata pihaknya menerima panggilan jam 6 petang, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, dengan bantuan penduduk kampung.
“Berdasarkan maklumat, mangsa pulang ke kampung berkenaan jam 11 pagi, namun sehingga kini tidak sampai ke rumah.
“Setakat ini usaha mencari masih digerakkan dengan pencarian di kawasan kebun kelapa sawit dibahagikan kepada dua sektor,” katanya dalam kenyataan hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















