BERITA SEMASAPOLITIK

Pengerusi PN Johor letak jawatan, ikut jejak Muhyiddin

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, berkuat kuasa hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, keputusan tersebut dibuat susulan peletakan jawatan Pengerusi PN Pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pengunduran daripada jawatan berkenaan bermula 1 Januari ini.

Menurut Dr Sahruddin, beliau merasakan wajar untuknya mengambil pendirian yang sama apabila kepimpinan tertinggi PN meletakkan jawatan tambahan pulua beliau dilantik ke jawatan tersebut oleh Muhyiddin.

“Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor. Hilang jawatan Menteri Besar pun saya senyum (emoji), letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Sementara itu, Buletin TV3 melaporkan peletakan jawatan itu tidak melibatkan sebarang perubahan kedudukan politiknya di Pagoh sebagai ADUN dan juga keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) melantik Pengerusi PN yang baharu di Johor. Keputusan ini menyusul keputusan Tan Sri (Muhyiddin) dan tiada kaitan dengan keadaan di Johor,” katanya.

Dr. Sahruddin juga menegaskan bahawa PN Johor berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang pergolakan dalaman, malah mesyuarat terakhir yang diadakan kira-kira dua minggu lalu berjalan lancar.

Beliau berharap pelantikan pengerusi baharu PN Johor kelak mampu memperkukuh gabungan tersebut serta memastikan kemenangan lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button