BERITA SEMASAHIBURAN

Ibu Memey Suhaiza meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon Memey Suhaiza, Norlela Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada pukul 2.49 pagi tadi selepas mengalami strok.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh suami Memey, pelakon Norman Hakim menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi, Allahyarhamah Norlela Abdul Rahman, kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, jam 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi selepas mengalami strok,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Norman turut memohon orang ramai, ahli keluarga serta sahabat handai agar mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah.

“Kami sekeluarga memohon jasa baik keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali Allahyarhamah agar dapat sama-sama mendoakannya.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Norman turut memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan Memey berada di sisi jenazah ibunya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button