JENAYAH & MAHKAMAH

Tanya soalan lucah pada pelajar praktikal, bekas penyelia GLC didenda RM10,000

TAWAU – Seorang bekas penyelia GLC negeri dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret semalam selepas didapati bersalah mengaibkan kehormatan seorang pelajar praktikal universiti dalam kejadian dua tahun lepas.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin terhadap Mohd Yusran Yusuf, berusia 36 tahun, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga bapa kepada dua anak itu didakwa mengaibkan kehormatan seorang pelatih wanita di bawah seliaannya dengan mengemukakan beberapa pertanyaan berunsur seksual dan lucah termasuk sama ada mangsa masih dara, pernah menonton video lucah serta melakukan masturbasi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda berhampiran sebuah ladang di Merotai Besar, antara jam 3 petang hingga 4 petang pada 4 September 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button