BERITA SEMASA

Jemaah haji Malaysia ke-10 meninggal dunia di Mekah akibat pendarahan otak

MEKAH – Seorang jemaah haji wanita berusia 52 tahun dilaporkan meninggal dunia semalam akibat pendarahan otak di Mekah.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan, Allahyarhamah berasal dari Parit Jawa, Johor dan menunaikan ibadah haji seorang diri.

“Allahyarhamah merupakan jemaah daripada kumpulan KT08 dan menginap di Hotel Rehab Al-Janadriyah.

“Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shefaa pada pukul 5 pagi akibat pendarahan otak,” menurut kenyataan TH hari ini.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sharai’, Mekah.

Lembaga Tabung Haji turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

Sebelum ini, sembilan jemaah haji Malaysia dilaporkan telah meninggal dunia di tanah suci bagi musim haji tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button