6,000 bakal jemaah haji Selangor terima RM1,500
SHAH ALAM – Seramai 6,000 bakal jemaah haji muassasah dari Selangor akan menerima insentif sebanyak RM1,500 seorang menerusi pelaksanaan program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) itu akan dibuka pendaftarannya mulai Isnin, 23 Februari hingga 15 Julai, 2026.
“Insentif kali ini adalah peningkatan sebanyak RM500 iaitu dari RM1,000 kepada RM1,500 bagi setiap jemaah haji muassasah seperti yang diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2026 dengan peruntukan sebanyak RM9 juta.
“Sejak mula dilaksanakan pada 2022, insentif ini memanfaatkan seramai 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023 dan 6,000 jemaah masing-masing pada 2024 dan 2025,” kata Amirudin dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, bagi mengoptimumkan proses pendaftaran, bakal jemaah iaitu warga Selangor yang mengundi di negeri ini hanya perlu membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 dengan paparan KOD MUAS ke Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN masing-masing dan diselaraskan oleh Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
“Saya mendoakan supaya usaha ini dapat memudahkan persiapan perjalanan jemaah yang bakal meraikan duyufurrahman pada tahun ini, insya-Allah,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







