BERITA SEMASA

Raja tidak berkuasa gubal aspek kehidupan rakyat – Tony Pua

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua dalam hantaran di Facebook berkata, ini selari dengan amalan sistem Raja Berperlembagaan di mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Ia meliputi adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Undang-undang digubal di Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh wakil yang dipilih rakyat,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Tambah beliau, semua perkara tersebut adalah selaras dengan Rukun Negara khususnya prinsip 2,3 dan 4 yang menyebut Kesetiaaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Related Articles

“Ya, saya setia kepada Raja dan Negara, dan akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Bukan berdasarkan titah semata-mata,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button