8 maut, 7 cedera insiden tembakan rambang di stesen bas
KAHERAH – Lapan individu maut manakala tujuh lagi cedera apabila seorang individu melepaskan tembakan rambang di sebuah stesen bas di bandar Abnub, kira-kira 300 kilometer ke selatan Kaherah, semalam.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, pelaku dipercayai melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai yang lalu lalang di stesen bas tersebut, lapor portal Gulf Today.
Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kereta.
Susulan kejadian, pihak keselamatan melaksanakan operasi pencarian dan berjaya menemui penembak berkenaan sedang bersembunyi di sebuah ladang.
Suspek bagaimanapun maut setelah berbalas tembakan dengan pihak keselamatan.
Media tempatan menyebut suspek dikenalpasti sebagai Atef,48, dan mengalami masalah kesihatan mental sejak sekian lama dan telah dirawat di hospital psikiatri di Kaherah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















