JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditemukan maut ditembak dalam pacuan empat roda

KLANG – Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah pacuan empat roda selepas ditembak dalam satu kejadian di sekitar Taman Mesra Indah, di sini, malam tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 malam dan tular di media sosial sejak malam tadi itu disahkan oleh polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat kejadian itu melalui talian MERS 999 pukul 8.35 malam.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Polis meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Mohd Harman Mohd Haniff di talian 019-2100334 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian itu, saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian mendakwa mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.

Kira-kira pukul 11.15 malam, seorang wanita dipercayai ibu mangsa dilihat tidak dapat menahan kesedihan sebaik dimaklumkan tentang keadaan anaknya.

“Itu anak saya… anak saya,” katanya dalam keadaan sebak sebelum ditenangkan anggota polis dan orang awam yang berada di lokasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button