Gigit kru kabin, pesawat Qantas mendarat cemas
SYDNEY – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Australia, Qantas yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Dallas terpaksa melakukan pendaratan cemas di Papeete, Kepulauan Polinesia (Perancis) selepas seorang penumpang bertindak agresif dalam kejadian Jumaat lalu.
Menurut laporan media tempatan, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan seorang penumpang lelaki yang menggigit seorang kru kabin.
Kejadian memaksa pesawat berkenaan melencong ke ibu negara Polinesia itu sebelum lelaki terbabit ditahan pihak berkuasa sebaik tiba.
Beberapa penumpang turut membantu menahan suspek sepanjang penerbangan bagi memastikan keadaan terkawal.
Susulan insiden tersebut, Qantas mengenakan larangan penerbangan terhadap lelaki itu daripada menaiki semua pesawat syarikat berkenaan pada masa hadapan.
Jurucakap Qantas berkata, keselamatan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.
“Kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku mengganggu atau mengancam dalam penerbangan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















