BERITA SEMASA

SMK St Paul nafi pelajar terlibat hidang arak

SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memandang serius dakwaan penglibatan murid SMK St Paul, di sini dalam penyajian minuman beralkohol semasa Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Murid St Paul (OPA) di Regent Hall pada 5 September lalu.

​JPNS menegaskan bahawa murid sekolah tidak sepatutnya dilibatkan dalam aktiviti mengendalikan atau menghidangkan minuman beralkohol, di mana kebajikan, keselamatan, dan maruah murid mesti sentiasa menjadi keutamaan tanpa mengira pihak yang menganjurkan sesuatu program.

“​Berdasarkan maklumat awal, majlis tersebut dianjurkan oleh persatuan alumni di luar kawasan sekolah, dan pihak sekolah serta persatuan alumni telah menafikan dakwaan penglibatan murid dalam penyajian minuman beralkohol terbabit.

“Walau bagaimanapun, JPNS sedang meneliti semua keterangan bagi memastikan fakta sebenar dikenal pasti,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, ​siasatan terhadap aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sedang dimuktamadkan, termasuk penelitian terhadap pematuhan prosedur oleh pihak sekolah.

JPNS turut memberi amaran bahawa tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan berkuat kuasa sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau kecuaian. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button