
Dakwaan hina sahabat: Nik Zawawi akui kurang cermat, mohon maaf atas kekhilafan
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh memohon maaf di atas kenyataan yang tidak tepat berkaitan fakta sejarah Islam dalam ceramah yang disampaikan di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Nik Zawawi berkata, beliau tidak berniat untuk menghina para sahabat nabi dalam ceramah tersebut.
“Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.
“Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut katanya, tujuan asal kenyataan tersebut hanya untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.
“Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian PAS mahupun kepimpinannya.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



















