Kelasi warga China cedera ditikam
KLANG – Seorang kelasi warga China parah selepas ditikam rakannya sendiri di atas sebuah kapal kargo di perairan Pelabuhan Klang, malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya menerima menerima permohonan evakuasi perubatan membabitkan mangsa lelaki warga China berusia 47 tahun pukul 8.52 malam tadi.
Susulan itu, bot Penggalang 41 digerakkan ke lokasi sebelum tiba di posisi pertemuan kira-kira empat batu nautika dari pantai Tanjung Rhu pada pukul 11.51 malam.
Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara dua kru lelaki warga China di atas kapal terbabit ketika kapal berkenaan sedang bersauh di perairan tersebut.
“Seorang daripada mereka cedera selepas dipercayai ditikam di bahagian perut oleh suspek berusia 36 tahun. Suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung cubaan bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa dan suspek kemudian dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum tiba kira-kira pukul 1.15 pagi.
“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan lanjut. Manakala suspek telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








