LUAR NEGARA

Perang Iran hanya berakhir jika stok Uranium dikeluarkan – Netanyahu

WASHINGTON – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan, selagi Iran masih memiliki stok uranium bahawa perang yang melibatkan AS dan Israel tidak akan dihentikan.

Dalam petikan wawancara program ’60 Minutes’ terbitan CBS semalam, Netanyahu berkata, masih terdapat bahan nuklear dan tapak pengayaan uranium di Iran yang perlu dimusnahkan.

“Ia belum berakhir kerana masih ada bahan nuklear iaitu uranium diperkaya yang perlu dikeluarkan dari Iran.

“Masih ada tapak pengayaan yang perlu dileraikan,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana uranium itu boleh dikeluarkan, Netanyahu menjawab, “Anda masuk dan ambil ia keluar,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button