BERITA SEMASA

Bengkel lori musnah 80 peratus dalam kebakaran di Sungai Besar

SHAH ALAM – Sebuah bengkel lori di Parit 13, Sungai Panjang, Sungai Besar musnah kira-kira 80 peratus dalam kejadian kebakaran petang semalam.

Kebakaran yang turut melibatkan sebuah lori itu menyebabkan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan sekitar 30 peratus.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.23 petang.

Menurutnya, seramai 13 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Sebaik tiba, anggota mendapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel dan sebuah lori.

“Premis itu musnah kira-kira 80 peratus manakala lori 30 peratus,” memetik BH online.

Beliau berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh singkat dan tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button