Kanser merebak ke otak, Jamal Yunos menerima rawatan
SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami masalah kesihatan sejak Sabtu lalu.
Menurut Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, Jamal dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian leher dan kepala.
“Kanser sebelum ini berada di paru-paru, namun kini telah merebak ke otak,” kata Abdul Mutalif dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.
Hasil pemeriksaan lanjut ujian pengimejan resonans magnet (MRI), mendapati sel kanser telah merebak ke bahagian otak dengan saiz ketumbuhan sekitar 3 sentimeter.
Beliau meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan Jamal serta memberi sokongan moral kepada beliau dalam menghadapi ujian itu.
Terdahulu, Jamal dimasukkan ke hospital pada September 2022 selepas tiba-tiba jatuh sakit ketika menghadiri program parti di Sungai Besar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








