BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kampung Nelayan Sungai Besar dilanda banjir

SHAH ALAM – Seramai 39 mangsa banjir daripada 10 keluarga dari Kampung Nelayan Sungai Besar dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Seri Bernam selepas kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya sedang menjalankan kerja-kerja pemantauan.

Dalam pada itu, Ahmad Mukhlis memaklumkan pihaknya turut melakukan pemantauan harian di beberapa lokasi lain.

Beliau berkata, sebanyak empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terbabit dengan kekuatan 21 anggota bertugas.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar memantau Taman Berkat, Bagan Sungai Besar, Kampung Nelayan dan Muara Sungai Haji Dorani.

“BBP Bestari Jaya pula di Taman Saujana Aman, Pintu Air Ijok, Jalan Abdul Aziz, Jalan Robinson dan Jalan Ehsan.

“BBP Shah Alam (Sri Muda Seksyen 25, Kampung Baru HICOM Seksyen 26, Jalan Kebun, Padang Jawa dan Kampung Kebun Bunga Seksyen 22), manakala BBP Bukit Jelutong (Seksyen 13 dan TTDI Jaya),” katanya memetik laporan Berita Harian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button