BERITA SEMASA

MCMC beri amaran jangan hasil, sebar kandungan 3R

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan berkait isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau boleh mencetuskan ketegangan awam.

MCMC berkata, pihaknya memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan platform dalam talian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan salah faham atau permusuhan.

“MCMC akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan untuk memantau, menyiasat serta mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda hingga RM500,000, penjara dua tahun, atau kedua-duanya.

“MCMC turut mengambil tindakan terhadap penyedia platform yang tidak memberi kerjasama, dan mengingatkan mereka supaya mematuhi undangundang serta mencegah penyalahgunaan perkhidmatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button