JENAYAH & MAHKAMAH

Ebit Lew diarah bela diri 11 pertuduhan gangguan seksual

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Tenom hari ini selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi 11 pertuduhan gangguan seksual.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti keterangan daripada 18 saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak September 2022.

Ebit Lew, 41, berdepan pertuduhan antaranya menghantar gambar serta perkataan lucah dengan niat mengaibkan mangsa dalam kejadian antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.

Sementara itu, Ebit Lew diwakili peguam Ram Singh bersama Kamarudin Mohmad Chinki serta Prabjit Singh Gill.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 13 Oktober hingga 4 Disember depan bagi prosiding pembelaan tertuduh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button