Anwar sifatkan tindakan Israel terhadap misi GSF 2.0 sebagai ‘tindakan lanun’
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ganas rejim Zionis Israel terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa menyerupai tindakan lanun.
Anwar menyatakan tindakan Israel menyalahi undang-undang maritim secara terbuka dan mencemari prinsip kemanusiaan sejagat.
“Malaysia mendesak agar semua pihak bertindak dengan segera dan memastikan tiada sebarang tindakan keras dikenakan terhadap semua para aktivis, termasuk 10 rakyat Malaysia yang kini ditahan dan terputus hubungan.
“Keselamatan mereka mesti dijamin tanpa kompromi dan kerajaan MADANI sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan mereka dibebaskan dengan segera,” katanya menerusi akaun Facebook.
Dalam pada itu, beliau menyatakan dalam situasi getir ini, ihsan dan kemanusiaan harus mengatasi segala perbezaan dan Malaysia akan terus berdiri teguh mempertahankan prinsip tersebut.
Justeru, Anwar juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan semua delegasi GSF 2.0 kekal dalam keadaan selamat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








