JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga suspek utama kes tetak ditahan

TANGKAK – Tiga lelaki disyaki suspek utama kes lelaki maut ditetak di khalayak ramai di depan sebuah restoran di Bukit Kangkar, di sini, pertengahan bulan lalu, berjaya ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di tiga lokasi berasingan, malam tadi hasil maklumat dan risikan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Tangkak membenarkan ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis mengesahkan menahan 10 suspek bagi membantu siasatan kejadian pada pukul 7.40 malam 13 Mac lalu itu, namun dibebaskan beberapa hari kemudian dengan bon selepas polis selesai merekodkan keterangan mereka.

Dalam kejadian itu, mangsa, Tong Wei Sheng, 38, maut sebaik tiba di hospital akibat kecederaan tangan, kaki dan belakang badan selepas ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang serta menutup muka dengan baju sejuk dan bertopeng.

Dia sebelum itu dikejar tiga lelaki berhampiran sebuah kedai makan dan melarikan diri ke sebuah rumah di Batu 9, Bukit Kangkar yang melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta selepas menyerang mangsa.

Wei Sheng dan seorang rakan terdahulu ke lokasi kejadian untuk berjumpa dengan anggota kumpulan terbabit sebelum beberapa kereta dinaiki suspek muncul.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button