BERITA SEMASA

Mr. H tidak hadir kerana ‘kurang sihat’

PUTRAJAYA – Ketidak hadiran individu digelar ‘Mr. H’ di Balai Polis Presint Presint 11 bagi memberi keterangan semalam adalah kerana dia “kurang sihat”.

Kata portal FMT, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, malam tadi

Sehubungan itu, pihak polis akan menetapkan tarikh baharu bagi individu itu memberi keterangan.

“Beliau tak hadir sebab kurang sihat. Tarikh baharu (rekod keterangan) akan dimaklum kemudian,” kata Razarudin dalam laporan tersebut.

Terdahulu, sekumpulan pengamal media mula berkampung di Balai Polis Presint 11, Putrajaya, seawal pukul 4 petang semalam selepas ‘Mr H’ disahkan akan memberi keterangan pada pukul 5.30 petang di situ.

Bagaimanapun, selepas hampir lima jam menunggu, pengamal media sepakat meninggalkan perkarangan balai polis kira-kira pukul 9 malam.

‘Mr H’ adalah individu yang dikaitkan dengan isu video berbual lucah yang dikaitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button