POLITIK

Ismail Sabri serah keputusan bertanding kepada pucuk pimpinan parti

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan sepenuhnya kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

Beliau menyatakan bahawa sebagai ahli parti, beliau akur dengan keputusan yang bakal ditentukan oleh Presiden UMNO.

“Kalau Presiden UMNO bagi watikah untuk bertanding, baru saya bertanding. Kalau tak ada watikah, tak bertandinglah,” katanya ketika ditemui pengamal media baru-baru ini.

Beliau menyatakan perkara itu selepas majlis Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Dan Malam Puisi Mengukir Bangsa Serta Buku Bahasa Dan Peradaban Membina Bangsa, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan tentang pentingnya penyatuan kaum Melayu melalui konsep ‘Rumah Bangsa’ yang bersifat inklusif dan terbuka.

Beliau menyatakan sokongan penuh agar pintu penyatuan dibuka seluas-luasnya kepada semua orang Melayu, termasuk ahli yang pernah dipecat, ahli parti lain, mahupun individu bebas.

“Kita akan terima semua, tak kira yang dah dipecat atau daripada parti lain. Ini adalah demi penyatuan kaum Melayu di negara ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button