POLITIK

PN dedah tokoh NGO, parti politik mohon sertai gabungan

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) mendedahkan terdapat beberapa tokoh termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berminat untuk menyertai gabungan itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya telah menerima beberapa permohonan rasmi, namun perkara tersebut masih dalam penelitian dan belum dibincangkan secara muktamad.

“Ada banyak tokoh besar NGO dan parti-parti yang sedang berkawan dengan kita. Mereka dah buat permohonan, tetapi ini belum dibincangkan lagi.

“Ada yang mohon tetapi belum mengaku secara terbuka. Jadi saya tak boleh cakap lagi, nanti saya maklumkan kemudian,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, terdapat juga individu yang telah mengemukakan permohonan tetapi belum membuat pengumuman secara terbuka, justeru sebarang keputusan hanya akan dimaklumkan selepas perbincangan selesai.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan penyertaan parti lain, namun enggan mengesahkan secara terperinci kerana rundingan masih berjalan.

Dalam perkembangan berasingan, katanya, pelantikan Ketua Pembangkang baharu perlu diputuskan oleh Ahli Parlimen pembangkang sendiri dan dijangka dimuktamadkan sebelum sidang Parlimen pada Jun ini.

Isu tersebut menjadi perhatian susulan kedudukan bekas ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada BERSATU pada 13 Februari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button