LUAR NEGARA

Cadangan tol Selat Melaka ‘tidak serius’, bukan dasar kerajaan – Menteri Kewangan Indonesia

JAKARTA – Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menjelaskan cadangan beliau untuk mengenakan cukai ke atas laluan kapal di Selat Melaka “tidak serius” dan bukannya dasar kerajaan.

Beliau menegaskan, Indonesia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengenakan levi terhadap kapal yang melalui laluan strategik itu, sambil mengakui langkah tersebut bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

“Saya tidak serius ketika itu. Kerajaan memang tidak pernah mempunyai rancangan seperti itu,” katanya kepada media di Jakarta, baru-baru ini.

Kenyataan tersebut sebelum ini mencetuskan kebimbangan serantau, khususnya Malaysia yang turut berkongsi kawasan Selat Melaka, selain mencetuskan perbincangan mengenai implikasi undang-undang maritim antarabangsa.

Purbaya kemudainnya menambah, Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) memberi jaminan kebebasan pelayaran dan tidak membenarkan negara mengenakan caj ke atas kapal hanya kerana melintasi sesuatu laluan.

Sebagai negara penandatangan UNCLOS, Indonesia katanya menghormati prinsip kebebasan navigasi dan telah meratifikasi perjanjian tersebut.

“Kami menyokong kebebasan pelayaran. Kita tidak boleh bertindak seperti ‘gengster’ yang meminta bayaran hanya kerana kapal lalu,” tegas beliau.

Susulan cadangan kontroversi berkenaan, Menteri Luar Indonesia, Sugiono turut menjelaskan bahawa Indonesia komited terhadap undang-undang antarabangsa dan tidak akan mengenakan sebarang tol atau sekatan ke atas laluan perkapalan antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button