Fahmi Fadzil nasihat rakyat elak guna BNPL untuk keperluan harian
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggesa orang ramai supaya tidak bergantung kepada kemudahan Buy Now Pay Later (BNPL) untuk membeli keperluan harian, sebaliknya menggunakannya secara berhemah bagi perbelanjaan lebih besar.
Menurut beliau, walaupun penggunaan kredit bagi pembelian bernilai tinggi masih boleh dipertimbangkan, trend menggunakan BNPL untuk barangan asas dilihat semakin membimbangkan.
“Jika menggunakan BNPL, gunakan secara sederhana. Agak merisaukan apabila keperluan asas dibeli menggunakan kaedah ini.
“Jika boleh, fokuskan kepada pembelian yang lebih besar sahaja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Program NADI Usahawan@Shopee di Hotel Everly, di sini hari ini.
Tambah beliau, kerajaan juga sedang memantau perkembangan tersebut bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan hutang berlebihan yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan serta kelancaran aktiviti perniagaan, khususnya dalam kalangan usahawan.
Bagaimanapun, Fahmi berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat menyokong barangan buatan Malaysia melalui pembelian daripada penjual-penjual tempatan.
Pada masa yang sama, beliau juga berharap komuniti luar bandar memanfaatkan capaian internet berkelajuan tinggi untuk mengembangkan perniagaan melalui platform e-dagang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















