PM ucap tahniah, doakan jemaah Malaysia dapat haji mabrur
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada para jemaah Malaysia yang terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.
Beliau turut mendoakan agar semua urusan mereka dipermudahkan sepanjang berada di Tanah Suci.

“Sesungguhnya ibadah haji adalah perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran serta ketakwaan.
“Saya mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dilindungi sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Anwar turut berharap agar semua jemaah dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan, keinsafan dan semangat untuk menjadi hamba Allah SWT yang lebih ikhlas.
Beliau juga mengingatkan sabda Rasulullah SAW bahawa haji yang mabrur tidak ada ganjaran baginya selain syurga, sebagai dorongan kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah itu dengan sebaiknya.
“Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga Allah menerima segala amalan dan mengurniakan keberkatan kepada kita semua,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








