BERITA SEMASAPMX

‘Potong satu, 100 pokok baharu wajib ditanam semula’

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur KL) supaya menggantikan setiap pokok yang dipotong dengan 100 pokok baharu.

Perkara itu dimaklumkan Anwar dalam satu ciapan di akaun X miliknya, hari ini.

“Saya telah memberi arahan kepada Dato Bandar iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” kata ciapan tersebut.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai respon terhadap arahan kepada Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur (DBKL) supaya mengambil tindakan segera susulan kejadian pokok tumbang di ibu negara kebelakangan ini.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilaporkan sebagai berkata, DBKL telah turut diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button