PM arah menteri hentikan lawatan ke luar negara
Fokus pada Belanjawan 2026, persediaan Sidang Kemuncak ASEAN
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan lawatan menteri ke luar negara dihentikan sementara.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan tersebut dikeluarkan ketika mesyuarat kabinet hari ini dan berkuat kuasa serta-merta.
“Arahan itu dikeluarkan kerana Perdana Menteri mahu semua menteri memberi keutamaan kepada program dan persiapan menuju ke pembentangan Belanjawan (2026) yang akan dibentangkan 10 Oktober nanti.
“Pada masa yang sama, PM juga mahu para menteri fokus kepada persiapan menuju Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan pada hujung Oktober,” kata Fahmi dalam sidang media mingguannya, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi bagaimanapun berkata, arahan itu tidak terpakai buat sebarang mesyuarat berjadual atau perkara yang sudah diberi pertimbangan khusus.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








