BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Maghfirah Travel jalin kerjasama strategik bersama Amal by Malaysia Airlines

SEPANG – Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd terus memperkukuhkan komitmen dalam industri umrah melalui jalinan kerjasama bersama Amal by Malaysia Airlines.

Ketua Pegawai Eksekutif Maghfirah Travel, Fakrur Razdi Mohd Omar berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama strategik dalam memastikan keselesaan, keyakinan para jemaah ketika menunaikan ibadah ke Tanah Suci.

“Kami amat bersyukur apabila Maghfirah Travel dipilih sebagai salah satu daripada 14 agensi umrah terpilih oleh Amal by Malaysia Airlines bagi musim 1448H.

“Kerjasama ini mencerminkan kesungguhan kami dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih tersusun, selamat dan diyakini, khususnya dalam situasi geopolitik tidak menentu ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas perjanjian persefahaman di sini, baru-baru ini.

Perjanjian ditandatangani bersama Ketua Pegawai Eksekutif, AMAL (Malaysia Airlines), Muhammad Najmi Mansor.

Fakrur Razdi berkata, sebagai tanda komitmen pihaknya terhadap jemaah, Maghfirah Travel telah memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi tempahan awal tempat duduk penerbangan sebagai jaminan perjalanan jemaah dapat dirancang dengan lebih teratur, selesa dan diyakini.

“Bagi kami di Maghfirah Travel, keselesaan dan keyakinan jemaah adalah perkara paling utama.

“Kami mahu setiap jemaah berasa tenang sepanjang perjalanan mereka, dari awal perancangan sehingga selesai ibadah,” katanya.

magfirah
Ketua Pegawai Eksekutif, Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd, Fakrur Razdi Mohd Omar menandatangani MoU bersama Ketua Pegawai Eksekutif, AMAL (Malaysia Airlines), Muhammad Najmi Mansor.

Katanya, sejak beroperasi 15 tahun lalu, syarikat itu telah mengendalikan kira-kira 30,000 jemaah umrah dengan sasaran 4,000 jemaah tahun ini.

Dalam masa yang sama, pihak Amal by Malaysia Airlines telah membangunkan pelan penerbangan yang terancang serta memberi jaminan bahawa laluan yang digunakan adalah selamat dan tidak melalui kawasan konflik.

“Perancangan laluan penerbangan ini memberi keyakinan kepada kami untuk terus memberikan jaminan kepada jemaah bahawa keselamatan mereka sentiasa terpelihara,” katanya.

Dengan sokongan rakan strategik yang kukuh dalam industri penerbangan, Maghfirah Travel yakin dapat terus menawarkan pengalaman umrah yang lebih selesa, tersusun dan diyakini oleh masyarakat.

Bagi mereka yang sedang merancang perjalanan umrah, maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi Maghfirah Travel di www.maghfirahtravel.com.my

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button