BERITA SEMASADALAM NEGERI

PU Abu umum letak jawatan mutawwif ekoran insiden jemaah terkandas

SEPANG – Pendakwah bebas, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai mutawwif di sebuah syarikat pengendali umrah susulan insiden sekumpulan jemaah umrah terkandas di Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini.

Menurut Abu Sufyan atau lebih dikenali sebagai PU Abu, keputusan itu dibuat selepas berdepan pelbagai cabaran dalam menguruskan kumpulan jemaah terbabit yang gagal dibawa pulang ke tanah air seperti dijadualkan.

“Saya akan serahkan surat peletakan jawatan. Selain itu, beberapa pihak sudah hubungi saya untuk buka agensi sendiri.

“Buat masa ini, saya perlukan ruang bertenang dan akan berbincang dengan jemaah serta pihak berkaitan untuk menuntut keadilan,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Baca juga : PU Abu, 42 jemaah umrah terkandas di Jeddah, dakwa agensi gagal sedia tiket pulang

Abu berkata, sejak perkara itu didedahkan di media sosial, beberapa pihak termasuk Kedutaan Malaysia di Jeddah tampil membantu dan usaha terbabit akhirnya membolehkan kesemua 39 jemaah selamat tiba di tanah air.

“Saya berasa terkilan, syarikat pengendali umrah tidak seharusnya hanya mementingkan keuntungan, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap jemaah dan kakitangan yang bergantung kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, seramai 43 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Jeddah selepas syarikat pengendali gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke tanah air mengikut jadual asal.

Difahamkan, jemaah yang berusia antara 20 hingga 60 tahun itu terpaksa bermalam di sebuah apartmen berhampiran selepas tidak dapat menaiki penerbangan seperti yang dirancang.

Kumpulan jemaah terbabit tiba di Tanah Suci pada 16 Julai lalu dan sepatutnya kembali ke Malaysia pada 26 Julai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button