BERITA SEMASADALAM NEGERI

Program KARISMA gilap kepemimpinan muda IPT Zon Selatan

JASIN – Usaha memperkasa bakat kepemimpinan muda dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terus diperkukuh menerusi penganjuran Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin, di sini, hari ini.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi itu menghimpunkan kira-kira 250 bakat pemimpin muda daripada pelbagai IPT awam termasuk universiti, politeknik dan kolej komuniti di seluruh Melaka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir berkata, pembangunan kepemimpinan yang menjadi asas dalam kalangan generasi muda dirangka secara berstruktur bagi memastikan nilai Malaysia MADANI diterapkan dalam setiap lapisan tadbir urus institusi.

Menurut beliau, program berkenaan menjadi platform strategik untuk memperkukuh interaksi antara kepemimpinan tertinggi kementerian dengan pensyarah serta pentadbir muda IPT.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan barisan pelapis kepimpinan negara bersedia mendepani cabaran landskap global yang semakin kompleks dan disruptif,” katanya ketika sesi townhall yang menjadi kemuncak program tersebut.

Zambry Abdul Kadir pada Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin, di sini, hari ini.

Sesi berkenaan membuka ruang dialog dua hala secara langsung antara pihak kementerian dan peserta, selain memberi penjelasan berkaitan hala tuju pendidikan tinggi negara.

Selain itu, program turut diisi dengan forum bertajuk ‘Kepimpinan Disruptif: Pemimpin Muda IPT dan Teknologi Masa Hadapan’ yang menampilkan barisan panel berpengalaman bagi membincangkan peranan teknologi dalam membentuk kepimpinan masa depan.

KPT memaklumkan penganjuran program seumpama itu akan diteruskan secara berterusan sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemimpin muda berintegriti, berdaya saing dan berwawasan tinggi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Megat Sany Megat Ahmad Supian dan ADUN Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button