Penyanyi legenda Bollywood Asha Bosle meninggal dunia
NEW DELHI – Penyanyi legenda India, Asha Bhosle, dilaporkan meninggal dunia di Mumbai pada usia 92 tahun.
AFP yang memetik kenyataan pihak keluarga sebagai berkata, mendiang meninggal dunia semalam selepas dimasukkan ke hospital akibat keletihan melampau dan jangkitan dada.
Suara mendiang membentuk dunia perfileman Bollywood menerusi seni nyanyian latar (playback singing) sepanjang kerjayanya selama hampir lapan dekad.
Sepanjang penglibatannya, mendiag telah menyumbang suara kepada lebih 12,000 lagu
Antara lagu popularnya termasuk Piya Tu Ab Toh Aa Ja (yang membawa maksud “Datanglah kepadaku, cintaku”) dan In Ankhon Ki Masti (“Keusikan di mataku”).
Mendiang dilahirkan pada 8 September 1933 dalam keluarga muzik, dan keempat-empat adik-beradiknya turut menjadi penyanyi serta pemuzik berjaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








