Pengurangan sewa bantu penjaja, PBT cari imbangan hasil – Hannah
PUTRAJAYA – Beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan telah melaksanakan pengurangan kadar sewa bagi membantu penjaja berdepan peningkatan kos sara hidup.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan inisiatif itu melibatkan kira-kira 10,000 penjaja di premis seperti medan selera dan pasar.
“Perbadanan Labuan turut mengambil langkah sama bagi membantu peniaga di bawah seliaan mereka.
“Langkah ini adalah antara usaha awal untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan Perbadanan Putrajaya masih meneliti bentuk bantuan terbaik sebelum sebarang keputusan dibuat, termasuk kemungkinan memberikan diskaun sewaan.
“Pengurangan sewa bermaksud kita perlu mencari sumber hasil lain kerana PBT juga mempunyai tanggungan kos operasi yang tinggi,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








