Kerajaan Bahrain umum sekatan sementara aktiviti maritim waktu malam
MANAMA – Kementerian Dalam Negeri Bahrain hari ini mengumumkan larangan sementara terhadap aktiviti maritim pada waktu malam susulan ancaman keselamatan berterusan yang dihadapi negara berkenaan.
Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap risiko berterusan daripada serangan peluru berpandu dan dron Iran, yang menurut pihak berkuasa boleh mendatangkan bahaya besar kepada rakyat, penduduk serta mereka yang berada di laut, lapor portal News of Bahrain.
Di bawah arahan tersebut, semua bot nelayan dan kapal rekreasi dilarang beroperasi antara pukul 6 petang hingga 4 pagi berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas untuk melindungi kawasan pesisir Bahrain dan mengekalkan keselamatan awam.
Kementerian tersebut turut menyatakan, sekatan berkenaan turut melanjutkan peraturan sedia ada berkaitan pergerakan maritim, selaras dengan protokol keselamatan terkini yang digariskan dalam panduan rasmi.
Pihak berkuasa menggesa semua pelaut dan pengunjung maritim supaya mematuhi larangan tersebut dengan tegas, mengelakkan menghampiri kawasan pesisir semasa waktu larangan, serta mengikuti arahan keselamatan.
Pelanggaran terhadap arahan tersebut boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.
Jurucakap kementerian turut menegaskan, langkah berjaga-jaga tersebut bertujuan meningkatkan keselamatan maritim dan memastikan kesiapsiagaan dalam situasi semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















