
[VIDEO] SAJI lancar muzik video ‘Menyala Lagi Raya’, semarak Aidilfitri
KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad menerusi jenama SAJI melancarkan muzik video raya bertajuk “Menyala Lagi Raya” bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri dengan penuh keceriaan dan nilai kekeluargaan.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu itu disempurnakan oleh Pengerusi FELDA,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Pengarah Besar FELDA, Suzana Idayu Wati Osman.
Kempen “Menyala Lagi Raya” diperkenalkan bersempena Ramadan dan Syawal sebagai inisiatif meraikan semangat kebersamaan, tradisi serta kegembiraan bersama keluarga dan insan tersayang.
Ketua Produk Pengguna FGV, Aznur Kama Azmir berkata, muzik video tersebut menjadi kemuncak kempen dengan menampilkan mesej bahawa semangat Aidilfitri tidak pernah pudar walaupun zaman berubah.
“Melalui muzik video ini, kami ingin mengangkat nilai kekeluargaan dan kebersamaan yang menjadi teras sambutan Hari Raya dalam masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyatan baru-baru ini.
Muzik video berdurasi kira-kira tiga minit itu menampilkan barisan artis terkenal seperti Awie, Vanidah Imran, Nadia Aqilah dan Anas Ridzuan sebagai teraju utama.
Turut membuat penampilan khas ialah Bront Palarae, Sara Ali, Amirul Effendy dan Ahmad Merrah.
Selain pelancaran muzik video, kempen tersebut turut dimeriahkan dengan penganjuran Peraduan SAJI Beli & Menang yang menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM50,000, termasuk pakej Umrah hasil kerjasama FELDA Travel.
Dalam masa sama, cabaran tarian “Menyala Lagi Raya” turut dianjurkan di platform TikTok dan Instagram bagi menggalakkan penyertaan orang ramai, khususnya golongan muda.
FGV dalam kenyataan memaklumkan, kempen itu mencerminkan komitmen syarikat untuk terus mendekati masyarakat serta menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
“SAJI bukan sekadar jenama keperluan dapur, tetapi rakan setia yang menyatukan keluarga di meja makan, khususnya pada musim perayaan,” menurut kenyataan itu.
Tambahnya, FGV akan terus memperkenalkan inovasi produk serta inisiatif kreatif bagi memenuhi keperluan pengguna moden selain memastikan akses kepada makanan berkualiti, berkhasiat dan mampu milik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






