BERITA SEMASA

Program SAJI Terima Kasih Malaysia kembali lagi dengan tema ‘Rentak yang berbeza, sajian yang sama’

KUALA LUMPUR – Program SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) kembali lagi tahun ini dengan tema ‘Rentak yang berbeza, sajian yang sama’ dengan kempen berskala besar yang meraikan kepelbagaian budaya, muzik dan sajian Malaysia.

Dilancarkan sejak tahun 2023, STKM merupakan kempen tahunan yang bertujuan menyampaikan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang tidak pernah putus terhadap SAJI serta jenama-jenama produk pengguna di bawah kumpulan FGV.

Menurut FGV, dalam satu kenyataan, sokongan itu menjadikan SAJI sebagai jenama pilihan utama rakyat.

“Hari ini, produk-produk SAJI bukan sahaja memenuhi keperluan harian tetapi juga memudahkan keluarga berkongsi dan menikmati hidangan bersama, sekali gus menjadikan kedudukan SAJI sebagai jenama yang dekat di hati setiap isi rumah.

“Tema Rentak dan Sajian dipilih bagi mengingatkan kita bahawa walaupun datang daripada latar belakang berbeza, kepelbagaian itulah yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Sama seperti sajian yang hanya lengkap dengan pelbagai rasa, kempen ini menegaskan bahawa harmoni hanya wujud apabila kita menerima perbezaan,” katanya hari ini.

Lebih menarik, katanya kempen itu diperkasakan dengan sebuah video muzikal yang menampilkan dua nama besar, Khayrisha Kemal dan Zalif Sidek, bersama lagu tema khas baharu nyanyian Liyashu, bakat muda yang sedang meningkat naik.

Katanya lagu berentak segar itu diolah dengan lirik mudah diingati agar menjadi siulan bersama rakyat Malaysia.

“Ia bukan sekadar hiburan, tetapi wadah yang menyatukan perasaan kita semua. Walaupun rentak berbeza, akhirnya kita kembali kepada satu meja yang sama, jiwa yang harmoni, bersama..

“Sebagai pembuka tirai, kempen STKM bermula di Kompleks Komuniti dan Sukan Felda Palong 6 pada 16 hingga 17 Ogos lalu bersempena Majlis Sentuhan Madani Felda dan Jempol Agrofest 2025.

“Pelancaran ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan memasak, gubahan produk SAJI, sukaneka, serta persembahan daripada selebriti seperti Fiza Saad (Fiza Frizzy), Datuk Fazley Yaakob, Atu Zero, Iskandar Norzaman, Izzal Anuar dan Kai Deva,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, kempen tersebut bukan sahaja meraikan kepelbagaian kaum, agama dan citarasa, malah turut menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

Ujarnya, menerusi program Ziarah Kasih, SAJI menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 bersama produk SAJI bernilai RM200 kepada 11 orang asnaf.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan melalui inisiatif SAJI Seikhlas Hati dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.

“Pada masa yang sama, SAJI turut menghadiahkan baucar tunai bernilai RM50 kepada 1000 penerima terawal untuk mendapatkan produk SAJI, sebagai tanda penghargaan atas sokongan pengguna setia.

“Kempen ini akan diteruskan ke ibu negara dari 25 hingga 31 Ogos 2025, bersempena sambutan Malam Ambang Merdeka di Fahrenheit, Bukit Bintang.

“Warga Kuala Lumpur bakal dihiburkan dengan kehadiran selebriti tanah air serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. SAJI terus berbesar hati mengajak rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian melalui Rentak dan Sajian yang menyatukan kita semua,” katanya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai SAJI Terima Kasih Malaysia: Rentak & Sajian, layari laman web SAJI, Saji Malaysia Official di Facebook, @sajimalaysia di TikTok dan @sajimalaysiaofficial di Instagram.

Sebagai pengeluar makanan yang dipercayai serta rakan kulinari rakyat Malaysia, FGV menerusi jenama SAJI membawakan produk yang berkualiti tinggi pada harga mampu milik serta mudah didapati untuk dapur, sekali gus menjadikan setiap hidangan lebih istimewa.

Katanya, sejak tahun 2000, SAJI telah menjadi pilihan rakyat Malaysia, berkembang daripada minyak masak kepada rangkaian produk makanan yang digemari, seperti krimer, mi segera, sos masakan dan santan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button