BERITA SEMASA

SAJI Miles for Smiles Fun Run & Walk 2025 meriah, semarakkan gaya hidup sihat dan semangat komuniti

KUALA LUMPUR – Program SAJI Miles for Smiles Fun Run & Walk anjuran Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB), anak syarikat FGV Holdings Berhad, berlangsung meriah di pekarangan Wisma FGV dengan penyertaan seramai 650 peserta daripada pelbagai peringkat umur.

 

Acara fun run sejauh 5 kilometer (km) di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu dianjurkan bagi memupuk gaya hidup sihat, menggalakkan interaksi sosial, selain memperkukuh kehadiran jenama SAJI melalui penganjuran program komuniti yang penuh manfaat serta menyeronokkan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Fakhrunniam Othman

Aktiviti Meriah Sepanjang Acara

Seawal jam 7 pagi, peserta memulakan hari dengan sesi pemanasan badan berirama sebelum dilepaskan untuk larian 5 km.

Di sepanjang program, peserta turut menikmati stesen hidrasi di pertengahan laluan, sarapan ringan selepas larian dan sesi pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Pusrawi.

Selain itu turut terdapat reruai promosi serta sampel produk SAJI, SERI PELANGI dan jenama FGV lain serta mini karnival pasca larian cabutan bertuah dengan hadiah menarik.

Semua peserta yang menamatkan larian turut menerima pingat sebagai penghargaan penyertaan.

Saji
Antara peserta yang menyertai SAJI Miles for Smiles Fun Run & Walk 2025.

Komitmen CSR SAJI: RM15,000 Disalurkan kepada 10 Organisasi Kebajikan

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, SAJI melalui program SAJI Seikhlas Hati menyampaikan RM15,000 dalam bentuk wang tunai serta produk SAJI, SERI PELANGI, ADELA dan PREMEO kepada 10 organisasi kebajikan.

Antaranya Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang Klang, Rumah Jagaan Penyayang Nur Iman dan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf An-Annaafi, Selangor.

Turut tersenarai ialah Rumah Bakti Dato Harun, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ulin Nuha, Pusat Jagaan Warga Emas Barakah, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih Selangor serta Pusat Jagaan Husna Arrashid.

Saji
Antara peserta yang menyertai SAJI Miles for Smiles Fun Run & Walk 2025.

Sumbangan itu mencerminkan komitmen SAJI dalam menyebarkan kebaikan, memperkukuh kesejahteraan sosial dan menyerikan wajah mereka yang memerlukan.

Hadiah dan Barangan Eksklusif Untuk Peserta

Setiap peserta menerima beg sandang khas yang mengandungi barangan percuma, termasuk t-shirt jersey larian bib nombor, produk makanan SAJI dan SERI PELANGI (Mi Ayam Kampung, Pes Tom Yam, Ketupat Mini, Kerisik Kelapa, Beras Aroma), gula prai super gula jernihi, minuman oatlife dan baucar diskaun salad Atelier & Mokti’s.

Saji

Sokongan Padu Rakan Penaja

Program itu turut dimeriahkan oleh pelbagai rakan penaja seperti Felda Travel, FGV Agri Services, CARABAO, SORA, Sunshine, Hospital Pusrawi, Hotel Seri Pacific, Mokti’s, Kopi Saigon, Texas Chicken dan Salad Atelier. Penaja menyediakan pelbagai barangan percuma termasuk pisang Cavendish, minuman tenaga, air mineral, roti, baucar istimewa dan hadiah cabutan bertuah merangkumi baucar hotel, hi-tea serta kit perjalanan.

Saji

SAJI Miles for Smiles Fun Run & Walk 2025 bukan sahaja menampilkan acara larian santai, tetapi turut berjaya memupuk rasa kebersamaan, kesihatan dan amal jariah sejajar dengan komitmen SAJI dalam membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button