JENAYAH & MAHKAMAH

Kebakaran premis jual bunga api, polis reman peniaga wanita

PASIR MAS – Polis menahan reman seorang peniaga selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran sebuah premis menjual bunga api dan mercun di Batu 3, Wakaf Che Yeh dekat Kota Bharu semalam.

Perintah reman bermula hari ini hingga Jumaat terhadap wanita berusia 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai membabitkan api atau bahan mudah terbakar yang boleh membahayakan nyawa atau harta benda.

Difahamkan, seorang lelaki berusia 38 tahun yang merupakan pekerja kepada wanita tersebut dibebaskan dengan jaminan polis.

Laporan media sebelum ini menyebut, dua individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran sebuah premis menjual bunga api dan mercun di Batu 3, Wakaf Che Yeh dekat Kota Bharu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, pemilik premis itu yang merupakan seorang wanita berusia 44 tahun dan penjaga kedai tersebut ditahan kira-kira pukul 8.30 malam.

Jelas beliau, hasil semakan mendapati, wanita itu mempunyai permit dan lesen untuk menjalankan perniagaan bunga api dan mercun.

“Wanita itu juga merupakan pemilik kedai makan dan menjalankan perniagaan menjual bunga api di alamat sama dengan premis tersebut.

“Pihak forensik bomba mengenal pasti kebakaran tersebut berpunca daripada litar pintas pada sambungan wayar elektrik dari kedai makan ke lampu warna-warni di gerai bunga api dan mercun,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button