AKPS tolak kemasukan 7 individu termasuk 6 warga India
BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam semalam menolak kemasukan tujuh individu, termasuk enam warga India, yang dipercayai berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain serta memiliki tiket penerbangan pulang tidak sah.
Penolakan itu dibuat hasil pemeriksaan dan tapisan ketat pegawai Imigresen yang bertugas di sempadan.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasarudin M Nasir, berkata semua mereka ditolak kemasukan selepas gagal mengemukakan tujuan perjalanan yang sahih, selain pemeriksaan mendapati tiket penerbangan pulang mereka tidak sah.
“Kumpulan warga India itu cuba mengelirukan pegawai Imigresen dengan mendakwa tidak mengenali antara satu sama lain, namun siasatan mendapati mereka memiliki tiket penerbangan dengan butiran sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, seorang wanita warga Kemboja turut ditolak kemasukan ke Malaysia selepas memberikan maklumat yang meragukan dan tidak konsisten kepada pegawai Imigresen.
Beliau menegaskan bahawa cubaan mengelirukan pegawai bertugas adalah satu kesalahan serius dan tidak akan dilayan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















