Arab Saudi sambut Aidilfitri Jumaat ini selepas 30 hari Ramadan
RIYADH – Arab Saudi mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri atau 1 Syawal 1447 Hijrah ditetapkan pada hari Jumaat, 20 Mac 2026 selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan.
Perkembangan itu dimaklumkan menerusi hantaran akaun Inside The Haramain yang melaporkan hilal Syawal gagal dicerap di negara berkenaan.
Berikutan itu, umat Islam di Arab Saudi akan melengkapkan ibadah puasa selama 30 hari, sekali gus menetapkan Aidilfitri disambut pada hari berikutnya.
“Bulan Ramadan akan genap 30 hari esok dan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat,” menurut kenyataan yang dimuat naik di media sosial, semalam.
Sementara itu, di Malaysia, penentuan tarikh Aidilfitri akan dibuat petang ini melalui proses cerapan hilal Syawal di beberapa lokasi yang ditetapkan di seluruh negara.
Bagaimanapun, spekulasi mula bertiup kencang bahawa umat Islam di negara ini juga dijangka menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








