Wanita Vietnam maut ditikam rakan senegara di Tangkak
TANGKAK – Seorang wanita warga Vietnam ditemukan maut selepas dipercayai ditikam pada bahagian leher oleh rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kilang di kawasan perindustrian di sini pada pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun dilaporkan diserang secara tiba-tiba oleh seorang wanita berusia 55 tahun yang juga rakan sekerja.
Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mereka dikatakan sedang berbual seperti biasa di tempat kerja.
“Secara tiba-tiba suspek menikam leher mangsa hingga parah menyebabkan mangsa rebah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Selepas menikam mangsa, suspek dipercayai cuba mengelar leher serta tangan sendiri sehingga mengalami kecederaan parah,” memetik BH online.
Susulan kejadian itu, suspek dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar dan kini dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Difahamkan, kejadian berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis kilang terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Roslan Mohd Talib mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Insiden berkenaan merupakan kes bunuh kedua dilaporkan di daerah itu dalam tempoh empat hari selepas seorang lelaki berusia 38 tahun maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang pada petang Jumaat lalu.
Mangsa, Tong Wei Sheng disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak akibat kecederaan parah dialaminya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















