LUAR NEGARA

Video terbaharu Netanyahu satu ‘deepfake’?

TEL AVIV – Video terbaharu yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di sebuah kafe sekali lagi mencetuskan spekulasi meluas di platform media sosial.

Kebanyakan pengguna percaya klip itu dijana dengan teknologi AI untuk memberi kesan nyata, lapor portal NDTV, hari ini.

Suasana santai yang cuba menonjolkan keadaan normal itu sebaliknya membuatkan ‘penyiasat digital’ meneliti klip berkenaan dengan lebih dekat.

BACA JUGA:
Netanyahu sindir khabar angin kematiannya menerusi video di media sosial

‘Siasatan’ itu bermula setelah Netanyahu berkongsi klip sarkastik itu semalam kononnya untuk membuktikan dirinya masih hidup setelah khabar angin tentang kematiannya tersebar sejak minggu lalu.

Persoalan warganet terjawab apabila chatbot Grok di platform X melabelkan video tersebut sebagai 100 peratus kandungan janaan AI.

Grok turut menjelaskan, klip tersebut dipercayai menggunakan teknologi Palantir AI bagi menghasilkan kesan deepfake pada rakaman lama ketika pemimpin zionis itu berkunjung ke Kafe Sataf pada 2024.

Antara kejanggalan pada video tersebut yang ditemukan netizen termasuk air kopi yang hampir penuh dalam cawan langsung tidak tumpah apabila ia diangkat.

Selain itu, turut ditemukan, notis pada kaunter kafe tersebut menunjukkan tahun ‘2024’.

Seorang lagi warganet turut mempersoalkan video AI itu yang didakwa mengubah bentuk wajah Netanyahu dalam beberapa saat.

“Pada awalnya wajahnya kelihatan bulat, namun berubah menjadi lebih bujur selepas dia menundukkan pandangan ke arah kopi tersebut,” katanya.

Sejak minggu lalu, pelbagai teori konspirasi timbul selepas sebuah video yang memaparkan Netanyahu mempunyai jari tambahan dengan ekspresi wajah yang kaku mula tular.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button