LUAR NEGARA

Netanyahu sindir khabar angin kematiannya menerusi video di media sosial

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyindir khabar angin yang tular di media sosial mengenai dakwaan kononnya beliau telah meninggal dunia dengan memuat naik video pendek ketika menikmati kopi di sebuah kafe berhampiran bandar itu.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun rasmi X miliknya semalam, Netanyahu secara sinis berkata:

“Mati untuk kopi.”

Beliau berkata demikian sambil menerima secawan kopi panas di sebuah kafe di luar Baitulmaqdis menggunakan ungkapan bahasa Ibrani bagi menggambarkan seseorang yang sangat menggemari sesuatu.

Dalam video sama, beliau turut mengangkat tangannya ke arah kamera sambil bertanya: “Mahukah kamu kira jumlah jari?”

Related Articles

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada spekulasi yang tersebar di media sosial bahawa ucapan televisyen terbaharunya dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) selepas ada pihak mendakwa beliau kelihatan mempunyai enam jari pada satu tangan.

Sementara itu, Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) semalam, mengeluarkan ancaman untuk membunuh Netanyahu ketika konflik yang melibatkan Israel dan Iran, dengan penglibatan Amerika Syarikat dilaporkan memasuki minggu ketiga.

“IRGC berikrar akan memburu dan membunuh ‘pembunuh kanak-kanak’ Netanyahu jika dia masih hidup,” memetik laporan agensi berita Iran, Islamic Republic News Agency di platform X.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button