BERITA SEMASA

Pemilik akur, mini kuil halang laluan tangga dipindahkan

KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah mini kuil yang diletakkan di tempat awam sehingga menghalang laluan utama menaiki tangga di Desa Tanjong, Puchong di sini akur untuk memnidahkannya selepas tular di media sosial.

Menurut Persatuan Hindhudharma Maamandram, patung Karuppasamy telah dialihkan selepas pemeriksaan bersama oleh Jawatankuasa Majlis Tempatan MHS Puchong dan Ahli Majlis Perbandaran Kinrara semalam.

“Keluarga tersebut telah memindahkan patung itu buat sementara waktu ke tingkat bawah tanah dan memberi jaminan bahawa ia akan dipindahkan ke lokasi akhir yang lebih sesuai dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, pihaknya menghargai kerjasama keluarga tersebut dalam memastikan penyelesaian secara aman untuk komuniti.

“Kami menasihatkan keluarga yang telah meletakkan patung atau struktur seumpamanya di kawasan awam atau ruang bersama supaya memindahkannya ke tempat yang sesuai secepat mungkin.

“Ini bagi membantu mengekalkan keharmonian dalam komuniti dan mengelakkan sebarang isu yang tidak perlu,” katanya.

Semalam tular binaan mini kuil yang dibina di laluan tangga utama sehingga menghalang laluan penduduk.

Penularan kuil mini itu telah mendapat perhatian pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan itu dan mahukan ia dipindahkan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button