BERITA SEMASA

PLUS jangka 2.3 juta kenderaan guna lebuh raya menjelang Aidilfitri

PETALING JAYA – Lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dijangka menyaksikan peningkatan trafik sehingga 2.3 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, jumlah tersebut meningkat kira-kira 20 peratus berbanding tahun lalu berikutan pertambahan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman.

Menurut beliau, bagi memastikan aliran trafik lebih lancar, PLUS telah merangka beberapa langkah strategik termasuk pelaksanaan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang boleh dirancang oleh pengguna menerusi aplikasi MyPLUS-TTA.

“Sebanyak 34 lokasi SmartLane akan diaktifkan di lebuh raya utama bagi membantu melancarkan pergerakan trafik dan tiada penutupan lorong dijangka berlaku sepanjang tempoh perayaan,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, pihak PLUS turut memberi perhatian terhadap kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi memastikan keselesaan pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan.

Bagi memastikan operasi berjalan lancar, kira-kira 6,000 petugas khas akan ditempatkan di seluruh rangkaian lebuh raya kendalian PLUS bagi membantu mengurus aliran trafik selain memberi bantuan kepada pengguna sekiranya berlaku kecemasan.

Orang ramai juga disaran merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan terutama pada waktu puncak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button